SURAU TUA DI PULAU PINANG, PERLU DANA SUMBANGAN SEGERA
Masjid Al-Masakin, Teluk Bahang yang memerlukan dana sumbangan orang ramai untuk naiktaraf dan baikpulih
PULAU PINANG - Surau Al-Masakin yang berusia kira-kira 80 tahun kini memerlukan dana untuk penambahbaikan dan menaiktaraf struktur bangunan. Dana yang diperlukan adalah untuk menjadikan Surau Al-Masakin kembali ceria, indah, bersih dan mesra jemaah.
Surau Al-Masakin mengalami banyak kerosakan terutama di bahagian fasiliti seperti tandas, bilik wuduk, dan siling ruang solat. Tandas di sesebuah surau memainkan peranan untuk memberi keselesaan kepada para jemaah bagi mengambil bahagian dalam aktiviti di surau.
Jika keadaan fasiliti asas ini busuk, berbau, rosak dan kotor pastinya mengganggu para jemaah dan gagal menarik minat anak muda ke surau.
Selain itu, sistem pendawaian yang sudah lama tidak diganti juga membimbangkan para jemaah sekiranya berlakunya litar pintas. Sistem pembesar suara PA system juga mengalami kerosakan kerana tidak pernah diganti sejak berpuluh tahu lalu.
Keadaan uzur sebegini juga akan memberi imej buruk kepada Surau Al-Masakin kepada para pengunjung dan pelancong Taman Negara yang terletak berhampiran.
Kebanyakan pengunjung ke lokasi itu mengambil kesempatan menunaikan solat dan melepaskan lelah sebentar di surau ini. Namun keadaannya fasiliti yang kotor ini pastinya memberi perspektif negatif kepada mereka.
Sungguhpun Surau Al-Masakin bukan digunakan untuk Solat Jumaat namun ia penting untuk penduduk di sini melakukan amal ibadah dan aktiviti keagamaan seperti :
|
Justeru, Surau Al-Masakin memerlukan sumbangan dan dana dari orang ramai untuk menyegerakan projek naiktaraf dan penambahbaikan ini yang merangkumi :
|
Selain itu, dana yang diperlukan juga untuk membaikpulih fasiliti awam yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
|
Ayuh, jika anda turut merasa malu dan kurang selesa dengan keadaan surau yang serba-serbi kekurangan....bantulah sumbangkan, sedekah, wakaf dan infak untuk menaiktaraf
Surau Al-Masakin
ini.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya."
(Riwayat Ibn Majah).
Sesiapa yang menyumbang pasti Allah akan memudahkan setiap perjalanan kehidupannya.
Jom Bantu
Surau Al-Masakin
sekarang.. Anda pengubah masa hadapan surau ini..
Kutipan Semasa Borang
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan Borang
RM {nilai_sasaran}