DANA NAIKTARAF SURAU AL-MASAKIN RM200,000

SURAU TUA DI PULAU PINANG, PERLU DANA RM200,000


Masjid Al-Masakin, Teluk Bahang yang memerlukan dana RM200,000 untuk naiktaraf dan baikpulih

PULAU PINANG - Surau Al-Masakin yang berusia kira-kira 80 tahun kini memerlukan dana untuk penambahbaikan dan menaiktaraf struktur bangunan. Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM200,000 untuk menjadikan Surau Al-Masakin kembali ceria, indah, bersih dan mesra jemaah. 

Surau Al-Masakin mengalami banyak kerosakan terutama di bahagian fasiliti seperti tandas, bilik wuduk, dan siling ruang solat. Tandas di sesebuah surau memainkan peranan untuk memberi keselesaan kepada para jemaah bagi mengambil bahagian dalam aktiviti di surau.

Jika keadaan fasiliti asas ini busuk, berbau, rosak dan kotor pastinya mengganggu para jemaah dan gagal menarik minat anak muda ke surau.

Selain itu, sistem pendawaian yang sudah lama tidak diganti juga membimbangkan para jemaah sekiranya berlakunya litar pintas. Sistem pembesar suara PA system juga mengalami kerosakan kerana tidak pernah diganti sejak berpuluh tahu lalu.

Keadaan uzur sebegini juga akan memberi imej buruk kepada Surau Al-Masakin kepada para pengunjung dan pelancong Taman Negara yang terletak berhampiran.

Kebanyakan pengunjung ke lokasi itu mengambil kesempatan menunaikan solat dan melepaskan lelah sebentar di surau ini. Namun keadaannya fasiliti yang kotor ini pastinya memberi perspektif negatif kepada mereka.

Sungguhpun Surau Al-Masakin bukan digunakan untuk Solat Jumaat namun ia penting untuk penduduk di sini melakukan amal ibadah dan aktiviti keagamaan seperti :
  • Majlis ilmu - untuk pemantapan akidah umat Islam di kawasan itu
  • Program korban
  • Program berbuka puasa
  • Majlis pemberian bantuan zakat kepada penduduk asanf, dan miskin
  • Majlis pemberian bantuan amal kebajikan kepada penduduk memerlukan
  • Kursus jenazah dan perkahwinan

Justeru, Surau Al-Masakin memerlukan sumbangan dan dana RM200, 000 dari orang ramai untuk menyegerakan projek naiktaraf dan penambahbaikan ini yang merangkumi :

  • Membaiki siling dewan solat yang sudah berusia 30 tahun
  • Menukar sistem pendawaian elektrik yang telah lama untuk mengelakkan litar pintas
  • Menaiktaraf PA sistem yang telah lama dan rosak

Selain itu, dana yang diperlukan juga untuk membaikpulih fasiliti awam yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

  • Tandas yang telah lama ini sering tersumbat, berbau, air kumbahan melimpah dan kotor.
  • Bilik wuduk yang lama tidak mesra OKU dan sering tersumbat.
  • Menambah penyaman udara untuk memberi keselesaan kepada jemaah terutama ketika cuaca panas membahang.

Ayuh, jika anda turut merasa malu dan kurang selesa dengan keadaan surau yang serba-serbi kekurangan....bantulah sumbangkan, sedekah, wakaf dan infak untuk menaiktaraf Surau Al-Masakin ini. 

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya." (Riwayat Ibn Majah).

Buat sumbangan sekarang!!!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
DANA SURAU AL MASAKIN-1-RM1000
DANA SURAU AL MASAKIN-2-RM500
DANA SURAU AL MASAKIN-3-RM100
DANA SURAU AL MASAKIN-4-RM50
DANA SURAU AL MASAKIN-5-RM30
DANA SURAU AL MASAKIN-6-RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN